Seluruh jentera kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri perlu bersiap siaga berdepan ketidaktentuan ekonomi global, khususnya susulan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS).
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seluruh jentera kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri perlu bersiap siaga berdepan ketidaktentuan ekonomi global, khususnya susulan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan semua perancangan harus segera diterjemah kepada pelaksanaan demi memperkukuh daya tahan dan laman ekonomi negara.
00:22Menurutnya langkah itu sebagai persediaan terhadap sebarang kejutan atau tindakan luar yang mengganggu kelangsungan domestik.
00:30Anwar yang juga Menteri Keuangan berkata demikian selepas mempenglusikan mesyuarat khas pembangunan negeri Sarawak di Kuching pada Sabtu.
00:38Selain itu Anwar berkata mesyuarat itu turut membentangkan pelang hala tujuh gas Sarawak serta insentif cukai bank pembangunan Sarawak yang potensi memperkukuh ekonomi negeri dan menjana limpahan manfaat kepada rakyat Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.
00:54Perkara lain turut dibincangkan adalah hala tujuh serta keutamaan projek-projek pembangunan di Sarawak agar diselaraskan dengan perancangan persekutuan.