Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membangkitkan tiga isu mendesak yang sudah lama berlarutan di sekolah rendah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP membangkitkan tiga isu lama yang masih belum diselesaikan melibatkan guru sekolah rendah, khususnya mereka dalam grade DG12.
00:12Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata, antara isu utama ialah kekangan pertukaran tempat bertugas sebagai guru penolongkanan grade DG12 walaupun terdapat keperluan mendesak.
00:23Dua lagi isu yang turut dibangkitkan ialah guru grade DG12 KUP tidak diberi peluang untuk dilantik sebagai penolongkanan serta guru besar grade DG12 yang berisiko diturunkan sebagai guru biasa apabila naik ke grade DG13 dan DG14 secara time-based.
00:43NUTP merayu supaya Jabatan Perkhidmatan Awam JPA segera meneliti dan menyelesaikan isu berkenaan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat majlis eksekutif NUTP semalam.
00:55Menurut Aminuddin, meskipun perkara ini telah dibawa kepada perhatian Kementerian Pendidikan, pihak Kementerian memaklumkan bahawa hanya JPA mempunyai kuasa memberi kelulusan.
01:05Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut memberi tempoh dua minggu kepada JPA untuk meneliti isu ini semasa ucapan sambutan ulang tahun ke-50 NUTP.
01:16Namun sehingga kini, tiada sebarang perkembangan dilaporkan.
01:20NUTP berharap isu-isu ini dapat diberi perhatian serius demi kebajikan dan maruah warga pendidik negara.

Recommended