Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Sebanyak 22 Kursus Perdana Haji (KPH) dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH) di seluruh negara bermula 11 April lepas hingga 4 Mei ini bertujuan memperkukuh kefahaman berkaitan manasik atau tatacara pelaksanaan haji kepada bakal jemaah terpilih pada musim ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, sebanyak 22 kursus Perdana Haji KPH dianjurkan Lembaga Tabung Haji TH di seluruh negara bermula 11 April lepas hingga 4 Mei ini bertujuan memperkukuh kefahaman berkaitan manasik atau tata cara pelasanaan haji kepada bakal jemaah terpilih pada musim ini.
00:18Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hakwa Agama, Datuk Dr. Muhammad Naim Mokhtar berkata TH menganjurkan beberapa kursus untuk jemaah haji seperti kursus asas haji, kursus intensif haji dan KPH.
00:32Katanya kursus-kursus ini bertujuan memperkukuh kefahaman berkaitan manasik haji dan perkara-perkara yang berkaitan sama ada daripada aspek kesihatan mahupun pengurusan.
00:42Muhammad Naim turut menasihatkan bakal haji untuk senjasa menjaga akhlak dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah atau terpuji sebagai tetamu Allah.
00:52Tambahnya jemaah perlu menanamkan sifat syukur dan sabar dalam menghadapi lautan manusia dan ketidakselesaan sepanjang berada di tanah suci terutama semasa hari-hari kemuncak haji nanti.
01:03Beliau turut berharap bakal jemaah haji dapat menumpukan masa dan tenaga kepada ibadah serta mematuhi segala peraturan semasa di tanah suci.
01:13Ini ditambah dengan sikap positif dan disiplin yang tinggi serta jadilah jemaah haji contoh untuk dunia Islam seterusnya menjaga nama baik TH dan Malaysia.
01:24Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci bagi musim ini dijadwalkan pada 29 April manakala kumpulan terakhir akan berlepas pada 30 Mei ini.
01:33Terima kasih telah menonton!

Recommended