Fahmi Fadzil menang tanpa bertanding dan kekal sebagai Ketua Cabang Lembah Pantai, manakala proses pemilihan PKR diteruskan di seluruh negara hingga hujung April.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Dato' Fahmi Fazil memenangi jawatan Ketua Cabang Lebah Pantai tanpa bertanding.
00:07Beliau berjaya mengekalkan kedudukan tersebut pada pemilihan PKR 2025 bagi penggal kedua sehingga tahun 2028.
00:16Keputusan itu diumumkan melalui laman sesawang rasmi pemilihan PKR 2025 yang turut menyaksikan pemilihan serentak bagi sayap wanita dan Angkatan Muda Keadilan AMK di seluruh negara.
00:27Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai berjaya mempertahankan jawatannya tanpa tentangan selepas tiada pencalonan diterima untuk jawatan tersebut sehingga tarikh tutup pencalonan.
00:39Pada 17 Mac lalu, Fahmi mengesahkan tiada pihak menghantar pencalonan bagi mencabar jawatan Ketua Cabang, justru beliau mengekalkan kedudukannya secara rasmi dalam pemilihan kali ini.
00:50Beliau juga mengumumkan pencalonannya untuk bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat MPP sepeda pemilihan parti yang dijadalkan berlangsung pada bulan Mei ini.
01:00Setiusa politik kepada Perdana Menteri Dato' Azman Abidin turut mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang Bandar Turnazak tanpa sebarang pertandingan daripada cadu lain.
01:08Di Pahang, seorang lagi setiusa politik kepada Perdana Menteri Dato' Ahmad Farhan Fauzi turut menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Indra Makota dalam pemilihan kali ini.
01:21Pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat serta Majlis Pimpinan AMK Pusat dijadalkan berlangsung pada 24 Mei 2025.