Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Batu apabila tewas kepada aktivis mahasiswa Asheeq Ali Sethi Alivi semasa Pemilihan Parti Keadilan 2025.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pernah menjadi antara calon yang termuda memenangi kerusi Parlimen dengan meraih 38,125 undi, namun kini Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran tewas kepada Ashik Ali Sethi Alivi untuk jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat bagi Pemilihan Parti Keadilan 2025.
00:18Berdasarkan borang keputusan, Ashik selaku pemimpin bekas mahasiswa menang dengan majoriti 153 undi apabila berjaya meraih 946 undi, manakala Prabakaran hanya mendapat 793 undi.
00:35Ashik merupakan Ketua Biro Guaman dan Undang-Undang Angkatan Muda Keadilan AMK sebelum menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon ketua cabang.
00:45Kini berkejaya sebagai peguam, beliau merupakan bekas pemimpin pelajar yang lantang, menyuarakan isu melibatkan mahasiswa sekitar 2013 sehingga 2015 sebelum menyertai PKR.
01:00Malah Ashik turut mengetuai beberapa himpunan di sekitar ibu kota semasa era pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
01:08Prabakaran 29 tahun sebelum ini menjadi Ketua Cabang Batu semasa pemilihan parti pada 2022 menewaskan bekas pemimpin kanan PKR juga selaku penyandang cabang tersebut iaitu Tian Chua.
01:22Untuk rekod, Prabakaran juga memenangi kerusinya pada pilihan raya umum PRU ke-14 mewakili parti bebas selepas penyandangnya Tian Chua tidak dapat bertanding selepas pegawai pengurus pilihan raya membatalkan kertas pencalonannya.