Kes melibatkan Ahli DPRD Sumatera Utara, Megawati Zebua, yang didakwa mencekik pramugari Wings Air kini memasuki fasa baharu apabila syarikat penerbangan membuat laporan polis di Polres Nias.
Wings Air menafikan sebarang bentuk perdamaian dan komited meneruskan tindakan undang-undang.
Wings Air menafikan sebarang bentuk perdamaian dan komited meneruskan tindakan undang-undang.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Syarikat penerbangan Wings Air membuat laporan polis berhubung kes melibatkan ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah DPRD Sumatera Utara, Megawati Zebuah yang didakwa mencekik pramugari syarikat penerbangan itu menerusi video tular baru-baru ini.
00:15Jurucakap Wings Air, Danang Mandala Prihantoro berkata langkah itu dilakukan susulan tiada permintaan damai daripada kedua-dua pihak.
00:22Tambahnya Wings Air komitab melindungi keselamatan kru dan penumpang. Sehubang itu pihaknya akan menyerahkan kes kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
00:35Sementara itu Megawati sebelum ini mendakwa sudah saling maafkan dengan pramugari terbabit dan menganggap isu telah selesai.
00:42Namun Wings Air bertegas tiada proses pendamaian rasmi berlaku dan proses undang-undang kini berjalan.
00:50Terdahulu pada 13 April, insiden pertelingkahan itu berlaku dalam penerbangan IW-1267 dari Gunung Sitoli ke Kuala Namu.
01:01Menurut media tempatan, kekecahan tercetus apabila pramugari mengarahkan bagasi Megawati dimasukkan ke kargo seperti prosedur biasa.
01:10Namun Megawati menolak dan mencabut label bagasi secara paksa.
01:14Walaupun pramugari memberi penjelasan dengan baik, Megawati bertindak kasar secara fizikal.
01:20Terima kasih telah menonton!
01:22Terima kasih telah menonton!