Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Ford menghentikan penghantaran beberapa model kenderaan ke China akibat cukai balas sehingga 150%, dengan langkah ini dijangka menjejaskan keuntungan dan harga pasaran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ford Motor umum menghentikan penghantaran SUV, truck pickup dan kereta sport ke China pada jemaat. Ia susulan pelaksanaan cukai balas yang mengenakan kadar sehingga 150% terhadap kenderaan.
00:15Ford menjelaskan mereka telah melakukan penyesuaian terhadap eksport dari Amerika Syarikat ke China disebabkan cukai baharu yang dikenakan oleh pihak berkuasa China ke atas kenderaan import dari Amerika.
00:26Sepanjang minggu tersebut, Ford telah menghentikan penghantaran beberapa model utama termasuk F-150 Raptor, Mustang, SUV Bronco yang dikeluarkan di Michigan serta Lincoln Navigator yang dihasilkan di Kentucky ke pasaran China.
00:40Langkah ini diambil ketika pengeluar kereta Amerika Syarikat berdepan cabaran akibat cukai tidak tetap yang dikenakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump yang berpontesi menjejaskan keuntungan pengeluar dan pembekal alat ganti otomotif.
00:53Meskipun penghantaran kenderaan yang telah siap dihentikan, Ford masih dijangka meneruskan eksport enjin dan transmisi yang dibina di Amerika Syarikat ke China tanpa gangguan.
01:03Ford juga merancang untuk terus menghantar model Lincoln Nautilus yang dihasilkan di China ke pasaran tempatan walaupun dikenakan cukai yang tinggi oleh pihak berkuasa negara tersebut.
01:12Ford antara pengeluar kereta yang dilihat paling bersedia menghadapi kesan cukai ini kerana kira-kira 80% daripada kenderaan yang dijual di pasaran Amerika Syarikat dihasilkan secara domestik oleh syarikat tersebut.
01:23Terima kasih.

Recommended