Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran Washington akan menarik diri daripada usaha untuk memeterai perjanjian damai antara Rusia dan Ukraine jika tiada kemajuan ketara dicapai dalam masa terdekat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran Washington akan menarik diri daripada usaha untuk memeterai perjanjian damai antara Rusia dan Ukraine jika tiada kemajuan ketara dicapai dalam masa terdekat.
00:14Trump meragaskan bahawa pihaknya mahu ia diselesaikan dengan cepat namun jika terdapat salah satu pihak yang menyulitkan keadaan, Amerika Syarikat akan menarik diri.
00:23Bagaimanapun beliau berharap perkara itu tidak perlu berlaku, kenyataan Trump hadir selepas setiap negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, menyuarakan kekecewaan yang semakin memuncak terhadap kelewatan kemajuan runingan damai.
00:39Katanya kedua-dua pihak hanya mempunyai beberapa hari untuk menunjukkan tanda kemajuan.
00:44Rubio berkata Amerika tidak akan teruskan usaha ini berlarutan berminggu-minggu atau berbulan-bulan dan pihaknya perlu tentukan dalam masa beberapa hari sama ada ini boleh dicapai dalam beberapa minggu akan datang.
00:58Rubio menambah bahawa kerangka damai yang dibentangkan oleh Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan managala pejabat Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyifatkan perbincangan itu sebagai positif dan membina.
01:09Judul cakap Kremlin Dmitry Peskov berkata terdapat sedikit kemajuan dalam runingan damai namun hubungan dengan Washington kekal mencabar.
01:17Rusia katanya tetap terbuka untuk berdialog tetapi tetap tegas dalam mempertahankan kepentingannya.
01:23Trump sebelum ini berjanji untuk menamatkan peperangan Ukraine dalam tempoh 24 jam selepas menjadi Presiden namun kini kenyataannya lebih berhati-hati menyasarkan penyelesaian sekitar April atau Mei.