74 terbunuh, 171 lagi cedera dalam serangan udara Amerika Syarikat ke atas terminal minyak Ras Isa di pesisir Laut Merah.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sekurang-kurangnya 74 orang terbonoh dan 171 lagi cedera dalam serangan udara AS ke atas terminal minyak Ras Isa di pesisi Laut Merah pada Khamis.
00:12Ia menjadikannya serangan paling dahsyat sejak kempen pengumuman terhadap kumpulan Houthi bermula tahun lalu.
00:20Serangan itu menyasarkan kemudahan penting yang berfungsi sebagai pusat import bahan api utama negara itu.
00:26Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengarahkan intensifikasi operasi ketenteraan bulan lalu dalam tindakan terbesar Amerika di Asia Barat sejak beliau memegang jawatan pada Januari.
00:37Jurucakap Kementerian Kesihatan Houthi Anies Al-Asbahi berkata, angka kematian dan kecederaan adalah berdasarkan data awal dengan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.
00:47Tentera Amerika Syarikat menyatakan serangan itu bertujuan memutuskan sumber tenaga kumpulan Houthi.
00:52Terminal Ras Iser yang terletak kira-kira 55km di utara bandar pelabuhan Hodeidah mempunyai kapasiti penyimpanan minyak sebanyak 3 juta tong.
01:02Ia turut digunakan oleh syarikat minyak negara Safer Oil Company serta Yemen Petroleum Company yang menguruskan impor dan agihan bahan api.
01:10Ramai yang terkorban merupakan pekerja di dua syarikat tersebut.
01:14Kumpulan Houthi yang disokong Iran telah menguswai sebahagian besar wilayah Yemen sejak sedekat lalu.
01:20Sejak November 2023, kumpulan itu melancarkan puluhan serangan terhadap kapal-kapal di Laut Merah sebagai solidariti terhadap Palestine berikutan perang di Gaza.
01:28Terima kasih telah menonton!