Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, melancarkan sebuah laman web berkaitan COVID-19 pada Jumaat.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Bertemu semula, Perkembangan Luar Negara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump lancarkan sebuah lama web berkaitan COVID-19 pada Jumaat.
00:09Lama web itu mendakwa wabak itu berpunca daripada kebocoran makmal di Cina.
00:15Laman tersebut turut mengkritik bekas Presiden Demokrat Joe Biden, bekas pegawai kesihatan tertinggi Amerika Syarikat Dr. Anthony Fauci serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO.
00:26Laman web itu juga mempertikaikan pendekatan kesihatan awam seperti pencarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan pelaksanaan perintah berkurung.
00:35Menurut pentadbiran Trump ketika itu ia memberi kesan buruk kepada ekonomi dan kebebasan rakyat.
00:40Trump yang kembali aktif dalam politik menjelang pemilihan Presiden akan datang memulakan proses penarikan rasmi Amerika Syarikat daripada WHO.
00:48Badan itu merupakan penerima danar terbesar dari Amerika Syarikat sejak beliau memegang jawatan.
00:53Setakat ini Fauci, Biden dan WHO belum memberikan sebarang maklum balas terhadap kandungan naman tersebut.
01:00Sementara itu jurucakap agensi Perisikan Pusat CIA pada Januari lalu memaklumkan bahawa pihaknya menilai wabak COVID-19
01:07lebih berkemungkinan berpunca daripada makmal berbanding asal semula jadi.
01:12Namun begitu CIA menyatakan keyakinan terhadap penilaian itu adalah rendah
01:16dan kedua-dua kemungkinan kebocoran makmal atau asal semula jadi masih dianggap munasabah.
01:21Kerajaan China pula bertegas bahawa dawaan berkenaan tiada asas
01:25dan menuduh Washington mempolitikan isu asal-usul COVID-19.

Recommended