178 individu ditahan susulan serangan terhadap cawangan rangkaian makanan segera Amerika Syarikat, KFC.
Category
🗞
NewsTranscript
00:01Pihak berkuasa Pakistan menahan 178 individu susulan lebih daripada 10 insiden serangan terhadap cawangan rangkaian makanan segera AS, KFC.
00:11Serangan itu yang didorong oleh sentimen anti-Amerika dan penentangan terhadap sekutunya Israel dalam perang yang sedang berlaku di Gaza.
00:19Polis di beberapa bandar utama termasuk Karachi, Lahor dan Islamabad mengesahkan serangan dilakukan oleh kumpulan penunjuk perasaan bersenjatakan kayu yang merosakkan premis KFC dalam sekurang-kurangnya 11 kejadian.
00:36Seorang pekerja KFC ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali di pinggir bandar Lahor.
00:40Tiada protes dilaporkan ketika kejadian dan sesatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada pembunuhan itu bermotifkan politik atau faktor lain.
00:49Dilahor, polis meningkatkan kawalan keselamatan di 27 cawangan KFC selepas 2 serangan berlaku dan 5 cobaan serangan berjaya digagalkan.
00:5811 individu termasuk seorang anggota Parti Islamis Tehriki Labaik, Pakistan TLP telah ditahan.
01:04Jurucakap TLP Rehan Mohsin Khan berkata pihaknya hanya menyeru umat Islam memboikot produk berkaitan Israel tetapi tidak pernah mengeluarkan arahan untuk melakukan protes di hadapan premis KFC.
01:15KFC yang dimiliki syarikat Amerika Syarikat Yang Brands sering menjadi sasaran kemarahan anti-Amerika di Pakistan sejak beberapa dekat lalu.
01:23Penjenaman barat termasuk Pizahat turut menerima kesan boykot di Pakistan serta negara Islam lain susulan serangan ketentera Israel di Gaza.
01:32Jampai! Jampai!
01:34Jampai!