Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Tegasnya, salah faham seumpama itu amat dikesali kerana sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menyasarkan integrasi serantau, kerjasama ekonomi dan kestabilan Asia secara keseluruhannya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Komen yang dibuat oleh pengurus AS, Bill O'Reilly, mencerminkan pandangan sempit dan kedangkalan pengetahuannya tentang Asia Tenggara.
00:08Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Syahar Abdullah berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dengan nilai ekonomi global dicerminkan dalam kepimpinan perdagangan, kekuatan industri dan diplomasi serantau.
00:21Tegasnya salah faham seumpama itu amat dikesali kerana sebagai pengurusi ASEAN 2025, Malaysia menyasarkan integrasi serantau, kerjasama ekonomi dan kestabilan Asia secara keseluruhan.
00:37Malaysia ialah peneraju global dalam semikonduktor, menyumbang 13% daripada bahagian pasaran global dalam pembungkusan, pemasangan dan pengujian.
00:47Malaysia juga mempunyai hubungan perdagangan negara yang kukuh dengan China dengan nilai perdagangan dua hala berjumlah RM484.12 bilion, mewakili 16.8% daripada jumlah perdagangan Malaysia.
01:02Selain itu, KDNK Malaysia meningkat sebanyak 5.1% pada 2024, mencecah RM1.93 triliun, mempamerkan daya tahan di tengah-tengah ketidaktentuan global.
01:15Justru beliau menggesa pengulas asing agar memberi pendapat berdasarkan fakta dan bergerak melangkaui stereotip lapuk serta mengakui realiti ekonomi global hari ini yang saling berkaitan.
01:28Terima kasih.
01:30Terima kasih.

Recommended