Kementerian Kesihatan sendiri sudah dimaklumkan 1 Mei ini adalah tarikh penguatkuasaan bagi harga ubatan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dato' Armiza Muhammad Ali berkata, draft perintah pelaksanaan mewajibkan fasiliti kesihatan swasta untuk memaparkan harga produk ubat-ubatan yang akan bermula 1 Mei ini, masih berada di Pejabat Peguam Negara, AGC.
00:13Katanya, butiran terperinci akan diketahui lebih lanjut selepas ia dimuktamadkan.
00:18Dan Kementerian Kesihatan sendiri pun telah maklumkan adalah pada 1 Mei sekarang draft perintah tersebut berada di Jabatan Peguam Negara dan kita menanti daripada jawatan Peguam Negara sebaik Jabatan Peguam Negara meluluskan perintah tersebut.
00:38Dalam perintah itu akan ada detailnya, butirannya, macam mana kaedah pemaparan dan sebagainya, jadi nanti kita akan kuatkuasakan.
00:49But, jangan khawatir, peringkat awal penguatkuasaan, of course, bukanlah kita ambil tindakan terus.
00:55Kita akan bagi tempoh untuk mereka membuat persiapan, tempoh untuk advokasi dan sebagainya sebelum penguatkuasaan ambil tindakan kompaun saman itu dilaksanakan.