Malaysia akan menarik balik misi bantuan perubatan ke Myanmar, sekiranya keselamatan anggota tergugat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Menteri Luar, Datuk Seri Mama Hassan, menegaskan Malaysia akan menarik balik misi bantuan perubatan ke Myanmar sekiranya keselamatan anggota tergugat.
00:10Malah katanya perkara itu juga telah dimaklumkan kepada rakan sejawatan di negara anggota ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.
00:19Jadi kita telah minta supaya pihak Myanmar juga. Saya sendiri minta pihak Myanmar supaya stand down.
00:26Jangan pada ketika negara menghadapi bencana, mereka masih lagi nak bergaduh.
00:33Dan kalau saya dengar, kalau kita dapati bahawa wujudnya isu-isu yang boleh memudaratkan keselamatan kita punya pasukan perubatan ini,
00:43kita tak akan teragak-agak untuk menarik balik kita punya pasukan perubatan.
00:48Bukan sahaja pada Malaysia, saya telah bagitahu rakan sejawat daripada ASEAN dan juga daripada antarabangsa melalui United Nations, we will pull out.
00:58Beliau ditemui ketika berkempen di Dun Air Kuning Tapah pada Jumaat.
01:02Menjelaskan lanjut, katanya misi kemanusiaan ke Myanmar bukan bermakna Malaysia dan ASEAN mengiktiraf negara itu.
01:08Sebaliknya ia sebagai bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat negara itu yang terjejas akibat gempa bumi.
01:14Malaysia menghantar pasukan perubatan ATM ke Myanmar untuk melaksanakan operasi Starlight 3,
01:19susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu.
01:22Terima kasih kerana menonton!