Pemimpin peringkat kampung perlu memainkan peranan dan berfungsi sebagi pemudah cara agar setiap masalah dihadapi rakyat dapat ditangani segera.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pemimpin peringkat kampung perlu memainkan peranan dan berfungsi sebagai pemudah cara agar setiap masalah dihadapi rakyat dapat ditangani segera.
00:10Pemimpin pembangunan masyarakat PPM kawasan Dun Bugaya, Abdul Husin Kiamsin berkata,
00:17setiap pemimpin tersebut merupakan individu yang paling dekat dengan masyarakat selain memahami keperluan mereka.
00:23Sehubungan itu katanya peranan mereka sangat penting supaya masalah rakyat yang merangkumi hak-hak anak negeri dan masalah infra di kawasan mereka dapat diselesaikan segera.
00:34Mereka harus berfungsi untuk menyampaikan permasalahan rakyat di peringkat akar umbi dan mereka adalah sebagai pemuda cara supaya kerjaan dapat memantau dan mengambil tindakan seberapa segera yang boleh.
00:49Sebab itu pada hari ini bila mana kita mengadakan majlis ini, kita menjemput beberapa jabatan kerjaan atau pihak-pihak yang berwajib untuk menyelesaikan masalah rakyat.
01:05Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan watikah pelantikan di Dewan Masyarakat Daerah Sampurna baru-baru ini.
01:11Seramai 114 individu terdiri dari Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKKK
01:21menerima watikah pelantikan yang diserahkan penolongkanan pegawai daerah sempurna Abdul Aziz Abdul Bol.