• 5 months ago
Enhancing cruise port facilities and streamlining tourist clearances are among areas being looked into to make Malaysia favourable to the cruise industry, says Anthony Loke.

The Transport Minister said that these are some of the developments needed to transform Malaysia’s ports into home bases for cruise ships to attract more tourists and boost the economy.

Read more at https://tinyurl.com/mu75p7n5

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Okay, salam sejahtera, selamat petang. Untuk makluman, pada tahun 2023, yaitu tahun lepas, kita telah menerima kedatangan yang agak baik, yaitu hampir 1,055 kapal persiarang telah tiba di Malaysia dengan membawa 1.5 juta pelancong pada tahun lalu.
00:30Itu merupakan satu peningkatan yang agak ketara berbanding tahun-tahun sebelum COVID-19, dan ini menunjukkan potensi yang cukup besar dalam industri kapal persiaran dalam negara kita, sebab setiap kapal persiaran itu membawa ribuan penumpang masuk ke dalam negara kita.
00:49Jadi, majlis ini adalah untuk bertujuan untuk melihat bagaimana kita dapat mempertingkatkan lagi potensi ini, supaya kita boleh menerima lebih ramai pelancong melalui kapal persiaran, dan juga menjadikan Malaysia sebagai satu home port.
01:04Kalau kita boleh menarik kapal persiaran untuk melihat Malaysia, ataupun memilih Malaysia sebagai home port, pulangan ekonomi akan bertambah lebih banyak.
01:17Sebab sekarang ini, kebanyakan kapal-kapal persiaran ini hanya datang ke pelabuhan kita untuk beberapa jam.
01:23Mereka tidak mengambil penumpang daripada sini. Mereka bukannya home port, tetapi port of call di Malaysia.
01:30Kalau kita boleh menggalakkan mereka, menjadikan Malaysia sebagai home port, maka sudah tentu limpahan ekonomi lebih banyak.
01:38Dan beberapa perkara yang telah kita putuskan hari ini, yaitu pertamanya kita akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal yang akan dipengerusikan oleh kementerian pengakutan dan kementerian pelancongan untuk kita memacu beberapa perkara untuk memfasilitasi pertumbuhan industri ini.
01:59Yang paling penting adalah kita juga cuba memudahkan dari segi sistem imigrasi, supaya apabila penumpang-penumpang masuk ke negara kita, imigrasi mereka lebih cepat dan lebih efektif.
02:18Dan yang keduanya, kita juga membincangkan pembangunan di beberapa terminal baru, yaitu seperti di Port Klang yang sedia ada ini, mereka akan melabur untuk menambah kapasiti pelabuhan tersebut oleh Port Klang Cruise Terminal.
02:38Akan ditambah baik, akan dipanjangkan pelabuhan itu, supaya dapat menampung lebih banyak kapal.
02:45Di Pulau Pinang juga ada pelbagai projek yang sedang dilaksanakan untuk mengindahkan lagi kawasan sekeliling pelabuhan.
02:53Dan pada masa yang sama, kita juga menggalakkan bukan sahaja Port Klang dan Pulau Pinang, tetapi tempat-tempat lain juga amat berpotensi seperti di Langkawi, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan sebagainya, termasuk juga Kuantan.
03:08Dan seterusnya, kita juga bersetuju untuk menganjurkan Sea Trade Cruise Asia pada tahun 2026, yaitu satu persidangan berkenaan dengan kapal persiaran yang dimana pemain-pemain industri akan berhimpun setiap tahun di peringkat Asia dan di peringkat antarabangsa.
03:28Kita nak anjurkan satu konferens ini di peringkat Asia, yaitu Sea Trade Cruise Asia, di mana pemain-pemain industri, terutamanya syarikat-syarikat kapal persiaran ini akan datang untuk melihat potensi destinasi tersebut dan juga kita melihat ini sebagai satu platform untuk mempromosikan negara dalam bidang kapal persiaran ini.
03:58www.sea-trade-cruise.com

Recommended