Wanita Malaysia kahwin di India, Menteri Agama minta rakyat berhati-hati

  • 3 years ago
Wanita Malaysia kahwin di India, Menteri Agama minta rakyat berhati-hati..

 KECOH di media sosial mengenai wanita Malaysia yang berkahwin dan melakukan resepsi mengikut ritual agama lain di India.  Selain kecaman, ramai yang turut mempersoalkan status agama wanita itu selepas tular video sekitar majlis yang dilangsungkan.  Mengulas hal itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan umat Islam di Malaysia supaya lebih berhati-hati ketika berhadapan isu yang berkaitan status agama seseorang Muslim.  Ujarnya, Islam menuntut umatnya untuk mengesahkan sesuatu maklumat yang diperoleh sebelum membuat sebarang pandangan dan tanggapan.  Jelas beliau, informasi yang diperolehi melalui paparan skrin rakaman video atau hantaran (posting) di media sosial adalah maklumat sekunder dan tertier yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.  “Suka saya untuk menasihati diri saya dan semua umat Islam di Malaysia supaya lebih berhati-hati dalam menanggapi sebarang isu yang berlaku dengan berhemah.  “Seor ...

Recommended