Tiga angkasawan yang pulang dari misi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berjaya dikeluarkan daripada modul Soyuz MS-26 yang mendarat di Kazakhstan awal pagi Sabtu.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Tiga angkasawannya pulang dari misi di stesen angkasa antarabangsa ISS berjaya dikeluarkan daripada modul Soyuz MS-26 yang mendarat di Kazakhstan awal pagi Sabtu.
00:12Pendaratan itu disiarkan sedari langsung oleh agensi angkasa lepas Rusia, Roskosmos.
00:19Angkasawan Rusia Alexei Ovchinin dan Ivan Wagner bersama angkasawan NASA, Donald Petit disambut oleh pasukan mencari dan menyelamat sejurus pendaratan.
00:30Sebagai simbolik kepada sambutan Easter, Ovchinin menerima sebijik telur yang dinikmatinya di lokasi pendaratan.
00:37Kru berkenaan meninggalkan ISS pada 19 April selepas mengucapkan selamat tinggal kepada angkasawan yang masih bertugas di stesen itu, termasuk warga Rusia Sergei Rizikov, Alexei Zubritsky dan Kirill Peskov, warga Amerika Anne McLean, Nicole Ayers dan Johnny Kim, serta angkasawan Jepun Takuya Onishi.
00:56Selepas memperlahankan kelajuan, ia memasuki semula atmosfera bumi dan mendarat menggunakan sistem payung terjun.
01:05Sepanjang berada di ISS sejak 11 September 2024, Ovchinin dan Wagner melaksanakan lebih 40 eksperimen saintifik dan terlibat dalam satu misi berjalan di angkasa lepas pada Dizember lalu.
01:18Terima kasih telah menonton!