Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza, dengan hampir dua juta penduduk kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan bagi mendapatkan keperluan makanan asas.
Transcript
00:00Baik, ini adalah perkembangan di Gaza yang mana Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, WFP, memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di semenanjung Gaza.
00:13Menurut WFP, hampir 2 juta penduduk terpaksa bergantung sepenuhnya pada bantuan kemanusiaan bagi memenuhi keperluan makanan asas.
00:21Agensi Berita dan Maklumat Palestine Wafa yang memetik WFP turut menzahirkan kegusaran terhadap kejatuhan mendadak stok makanan dan memberi amaran rantau itu berada di ambang bencana kemanusiaan yang besar.
00:36WFP menegaskan situasi kritikal itu ditambah dengan penutupan berterusan lintasan sempadan oleh Israel menghalang penghantaran bekalan makanan penting ke wilayah yang dikepung itu.
00:48Menurutnya, Gaza amat memerlukan sumber makanan yang berterusan tanpa gangguan bagi mengelak sistem keselamatan makanan runtuh.
00:57WFP turut beri amaran kesan buruk yang bakal berlaku sekiranya keadaan ini berlarutan.
01:02Mual building

Recommended