Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan sejumlah RM1.66 juta bagi seramai 1,725 jemaah haji dari negeri itu.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:01Seramai 1,725 bakal jemaah haji di Pahang pada tahun ini menerima sumbangan wang saku berjumlah RM750 setiap seorang.
00:09Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosti Wan Ismail berkata inisiatif itu bermula pada 2023 yang sebelum ini menaksikan setiap jemaah haji menerima RM500 dan jumlah berkenaan meningkat kepada RM750 tahun lalu.
00:22Katanya menerusi program inisiatif makmur Pahang, IM Pahang, kluster agama antara inisiatif diberi perhatian ialah program Barakah Haji Pahang melibatkan peruntukan RM1.66 juta.
00:36Selain wang saku, Wan Rosti berkata kerajaan Pahang turut menyumbangkan pak makanan khas Juadah Makmur.
00:42Makanan tersebut disediakan dalam bentuk pak retort yang praktikal, mudah dibawa, tahan lama dan sesuai dijadikan bekalan untuk jemaah haji.
00:51Beliau juga melancarkan penerbitan buku Himpunan Doa Arafah oleh kerajaan negeri yang turut diberikan kepada bakal jemaah haji sebagai panduan ketika berada di Tanah Suci.
01:01Seramai 1,725 bakal jemaah dari Pahang berusia antara 16 dan 83 tahun akan bersama-sama 31,600 jemaah Malaysia untuk menunaikan ibarat haji pada musim ini.
01:12Beliau berkata demikian kepada pemerintah selepas merasmikan kursus Perdana Haji dan penyampaian IM Pahang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Hajj pekan pada Ahad.