Sebuah kesatuan polis utama di Jerman menggesa larangan membawa senjata di seluruh negara dalam semua pengangkutan awam dan kemudahan berkaitan, termasuk di stesen kereta api.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Sebuah kesatuan polis utama di Jerman menggesa larangan membawa senjata di seluruh negara dalam semua pengangkutan awam dan kemudahan berkaitan, termasuk di stesen kereta api.
00:11Ketua Bahagia Polis Persekutuan dalam Kesatuan Polis GDP, Andres Roskopf, berkata peraturan berkaitan ketika ini berbeza-beza di 16 negeri Persekutuan Jerman.
00:23Walaupun larangan senjata sudah berkuat kuasa di kereta api jarak jauh, masih tiada penyelarasan meniluruh.
00:30Katanya orang ramai seringkali tidak mengetahui sama ada sesuatu stesen tergolong dalam zon larangan atau tidak.
00:35Kerajaan negeri Berlin baru-baru ini menyokong larangan membawa senjata api dan pisau dalam semua sistem pengangkutan awam di ibu negara.
00:42Beberapa negeri telah melaksanakan larangan sepenuhnya, manakala yang lain sedang mempertimbangkannya.
00:47Bagaimanapun negeri Bavaria mengambil pendekatan berbeza, dengan mahu keputusan itu ditentukan di peringkat wilayah dan pihak berkuasaan tempatan.
00:54Kesatuan itu turut menyeru agar dasar bersama dapat dipersetujui dalam mesyuarat para menteri dalam negeri bersama rakan sejawat mereka di peringkat persekutuan.
01:02Terima kasih.
01:03Terima kasih.