Pemangku Presiden Korea Selatan Han Duck-Soo berkata kerajaannya tidak akan melawan tarif perdangan baru yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat atas faktor bantuan dari negara itu.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Baik, ini adalah perkembangan pertama untuk global.
00:02Korea Selatan tidak bercadang menentang tarif perdagangan baru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
00:07Pemangku Presiden Korea Selatan merangkap Perdana Menteri, Han Duk Su berkata,
00:11ia memandangkan hubungan sejarah dan bantuan ekonomi yang pernah diterima daripada Washington,
00:16terutama selepas perang Korea.
00:19Duk Su dalam temubual bersama Financial Times berkata,
00:22negara tersebut banyak dipengaruhi oleh bantuan Amerika Syarikat.
00:26Ia melibatkan perkembangan keupayaan industri, kemajuan sektor kewangan, budaya dan pertumbuhan ekonomi.
00:33Beliau turut mengesahkan Kerajaan Korea Selatan kini memilih untuk meneruskan dialog bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,
00:39untuk mencari penyelesaian bersama yang menguntungkan kedua-dua negara.
00:44Dialog tersebut bagi mengelakkan mengambil langkah balas yang bersifat konfrontasi terhadap dasar perlindungan perdagangan Washington.
00:50Duk Su memaklumkan bahawa beliau berbincang selama 28 minit melalui telefon dengan Trump
00:56dan menyampaikan kesediaan Seoul untuk menangani isu lebihan perdagangan dengan meningkatkan import dari Amerika Syarikat,
01:02termasuk gas asli cecai dan pesawat komersial.
01:06Beliau juga menyatakan keterbukaan Korea Selatan untuk membincangkan halangan perdagangan bukan tarif
01:10dan mencadangkan kerjasama diperluas dalam bidang pembinaan kapal tentera laut
01:14sebagai sumbangan terhadap pengukuhan pakatan strategik antara kedua-dua negara.
01:20Terima kasih telah menonton!