Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Bagi mengatasi gangguan bekalan gula di Sabah, Sarawak, dan Labuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mewujudkan stok penimbal gula putih.
Transcript
00:00Bagi mengatasi gangguan bekalan gula di Sabah, Sarawak dan Labuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarai Hidup KPDN akan mewujudkan stok penimbal gula putih.
00:10Dan menurut Menteri KPDN, Dato' Armiza Mama Ali, arahan pegawal bekalan akan dikeluarkan kepada kedua-dua syarikat penghilang di Semenanjung dengan jumlah stok penimbal yang ditetapkan pada kadar seribu metrik tan untuk setiap negeri termasuk Labuan.
00:26Dua refinery yang ada di Semenanjung iaitu MSM dan CSR supaya mereka membuat stok penimbal seribu dan juga di Sabah untuk Labuan sekali dan seribu di Semenanjung, di Sarawak itu.
00:41Jadi ini untuk memastikan sekiranya ada gangguan bekalan kita boleh rilis stok yang ada di Sabah dan juga di Sarawak tersebut.
00:50Dan saya telah maklumkan sebelum ini dan keputusan terbaru adalah kewujudan stok penimbal di Sabah dan Sarawak ini akan bermula secara berperingkat pada 1 Mei.
01:01Pada masa sama menurut Armiza, Kerajaan Persekutuan turut meluluskan peruntukan tambahan bagi subsidi perkapalan penghantaran bekalan gula putih petapis ke Sabah, Sarawak dan Labuan sebanyak RM38 juta setahun.
01:15Kalau dulu peruntukannya adalah sebanyak RM19 juta setahun iaitu 10 sen bagi setiap kilogram, Kabinet telah meluluskan pertambahan sekali ganda daripada RM19 kepada RM38 juta.
01:31Dan ini juga akan membantu menyegerakan dan menyelesaikan isu kerugian yang ditanggung oleh kedua-dua refinery ini.
01:39Beliau berkata demikian ketika ditemui media sewaktu majlis sambutan Aidilfitri, Ahli Parlimen Papar dan Adun Kawang dipapar pada Ahad.

Recommended