• last year
 Johor still relies on treated water from Singapore due to the rapid expansion of its industrial sector, says the Deputy Energy Transition and Water Transformation Minister.

During the question-and-answer session in the Dewan Rakyat on Monday (Dec 2), Akmal Nasrullah Mohd Nasir explained that while Johor is working towards water self-sufficiency, this goal is expected to be achieved only after 2030.

He added that Johor continues to benefit from the existing agreement, as purchasing treated water from Singapore remains more cost-effective than processing it domestically.

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertama, dalam isu keadaan jualan air mentah kepada Singapura berdasarkan perjanjian
00:04air 1962, kerajaan Malaysia mengambil pendekatan yang berhati-hati dan teliti. Sebarang perubahan
00:12terhadap keadaan ini perlu mempertimbangkan implikasi terhadap kos pembelian air terawat
00:18daripada Singapura yang menjadi keperluan kritikal ketika ini bagi negeri Johor. Hal ini penting
00:25bagi memastikan sebarang langkah yang diambil tidak membebankan rakyat. Perjanjian ini
00:30membenarkan Singapura mengambil sehingga 250 juta galen sehari ataupun MGD air mentah
00:38daripada sungai Johor pada kadar 3 sen setiap 1,000 galen. Sebaliknya, negeri Johor ketika
00:45ini membeli air terawat daripada Singapura pada kadar 50 sen setiap 1,000 galen. Berdasarkan
00:53rekod Badan Kawal Selia Air Johor ataupun Bakaj, Johor kini membeli purata 16 juta galen sehari
01:01air terawat, jauh melebihi kadar 5 juta galen yang diperlukan dalam perjanjian. Ini menyebabkan
01:10kos tambahan sekitar RM180,000 setahun ditanggung oleh negeri Johor. Untuk mengurangkan kebergantungan
01:18kepada Singapura, projek Zero Dependency telah dirangka dengan izin dan sedang dilaksanakan.
01:25Antara projek utama adalah pembinaan takungan air pinggiran sungai ataupun TAPS di sungai Johor,
01:31yaitu di sungai Lebak, pembinaan baraj di sungai Sedili Besar, serta pembinaan logi rawatan air
01:38seperti logi rawatan air Layang 2 dan logi rawatan air Semangga 3. Projek-projek ini bertujuan
01:45meningkatkan kapasiti simpanan air mentah dan terawat, sekaligus memastikan Johor mampu
01:52memenuhi keperluan air secara mandiri dalam jangka panjang. Yang dipertua, walaupun usaha ini penting,
01:59sasaran untuk mencapai Zero Dependency menjelang tahun 2030 mungkin tidak dapat direalisasikan
02:07sepenuhnya, mengambil kira pertumbuhan sektor industri seperti pusat data dan semikonduktor.
02:14Oleh itu, bekalan air terawat daripada Singapura masih diperlukan untuk memenuhi keperluan air
02:20negeri Johor. Dalam hal ini, kerajaan terus mengutamakan rundingan dan pandangan pihak
02:26berkepentingan. Berdasarkan perbincangan pada Oktober 2024 bersama Yamak Bohemat,
02:32Menteri Besar Johor dan Kementerian, diputuskan bahwa semakan kadar air mentah tidak perlu
02:38dirundingkan buat masa ini. Sekian terima kasih yang dipertua.
02:42Terima kasih kepada Yang Mohon Hormat Timbalan Menteri atas jawaban tersebut. Soalan tambahan
02:47saya berkaitan perjanjian perbekalan air ke Singapura ini. Berapakah logi-logi rawatan
02:58air yang dikendalikan oleh pihak berkuasa Singapura selama ini di Johor telah diserah
03:07balik kepada Johor? Bila diserah? Dan apakah nama logi-logi tersebut? Dan tambahan lagi,
03:16ada berapa buah logikah rawatan air yang masih dikendalikan oleh pihak berkuasa Singapura
03:25di Johor di bawah perjanjian tahun 1962 tersebut? Dimanakah terletaknya logi-logi tersebut?
03:33Terima kasih.
04:04Terima kasih, Datuk Yang Dipertua. Saya mendengar dengan teliti jawaban daripada Yang Mohon Hormat
04:09Timbalan Menteri tadi. Soalan tambahan saya ialah apakah impak ekonomi yang dihadapi oleh
04:17Malaysia akibat penjualan air mentah kepada Singapura pada kadar yang dianggap subsidi?
04:24Dan apakah kesan jangka panjang terhadap sumber air di Johor jika perjanjian ini diteruskan tanpa
04:30sebarang perubahan? Dan dalam konteks perubahan iklim dan pertumbuhan populasi,
04:36bagaimana Malaysia dapat memastikan kelastarian sumber airnya mencukupi untuk kegunaan rakyat
04:42tempatan sambil memenuhi komitmen perjanjian dengan Singapura? Terima kasih.
04:47Sila, Timbalan Menteri.
04:49Terima kasih, Yang Dipertua. Terima kasih, Yang Mohon Hormat. Dari segi komitmen negara ketika
04:55ini, sememangnya kita tidak pernah gagal untuk memenuhi syarat dalam perjanjian air
05:031962 ini. Maka dari segi sama ada perlunya, ada perjanjian ataupun perkara yang lain,
05:10setakat ini kita putuskan, kita kekal dengan apa yang sedia ada ini. Cuma dari segi impak
05:16ekonomi, yang ini yang saya cuba nyatakan dalam jawapan asal, sementara kita mungkin berhujah
05:22dari sudut air mentah yang kita telah terikat perjanjian seawal tahun 1962,
05:29sebenarnya Timbal balik daripada perjanjian tersebut, Singapura perlu menjual balik air
05:36terawat sebanyak lima juta galen sehari kepada Johor. Harga yang ditetapkan adalah lima prosen
05:46itu adalah kadar pada tahun 1962. Jadi sebenarnya sekiranya sudut ekonomi, kesan ekonomi itu lebih
05:54kepada dalam isu air terawat ini kerana walaupun janji dulu lima, kita sebenarnya membeli sehingga
06:0216 juta liter sehari. Kosnya 50 sen untuk merawat air tersebut, maksudnya kita beli daripada
06:08Singapura. Tetapi sebagai perbandingan, kos untuk merawat air yang sama kalau kita rawat sendiri,
06:16kosnya adalah on average yang diperturunkan sekitar RM1.80 untuk meter padu. Jadi harga itu
06:23kalau kita translate daripada harga galen kepada meter padu, yang kita beli daripada Singapura itu
06:29adalah sekitar 11 sen. Jadi sebenarnya ada Timbal balik di situ, maka sebelum kita membuat sebarang
06:36keputusan ataupun meneruskan sebarang hasrat, kita perlu mencapai net zero dependency dengan
06:44kemampuan untuk kita mengeluarkan air terdahulu, air terawat di Johor sebelum kita menilai kembali
06:52apa-apa hala tuju yang baru. Terima kasih, Yang Di-Pertuan.

Recommended