NGO Islam: Mualaf tidak culik anak

  • 9 years ago
Sekumpulan NGO Islam Negeri Sembilan berpendapat, tuduhan 'menculik' terhadap seorang mualaf yang mengambil anak dalam jagaan bekas isteri beragama Hindu adalah keterlaluan.

Setiausaha Gabungan Persatuan Dakwah Negeri Sembilan Shamsul Azhar Yahya berkata, perbuatan itu berikutan keputusan Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan kepadanya, walaupun Mahkamah Sivil memutuskan sebaliknya selepas itu.