Polis takkan bertindak pada mualaf ambil anak

  • 9 years ago
Polis tidak akan bertindak terhadap laporan S Deepa, yang anaknya diambil oleh bekas suaminya yang kini memeluk Islam.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ini berikutan terdapat dua arahan mahkamah - iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah - berhubung hak penjagaan kepada kedua-dua pihak.