Mat Sabu, antara pemimpin Pakatan ucap takziah

  • 9 years ago
Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir mengucapkan takziah di atas kematian Datuk Ibrahim Abd Rahman, bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau berharap Anwar dan keluarganya tabah, kerana semasa kali pertama Anwar dipenjarakan, pemimpin PKR itu kehilangan ibunya.