Chegubard: Sudah masa pemimpin senior Pakatan berundur

  • 9 years ago
Sebuah NGO berkait rapat dengan pembangkang , Soldariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya bahawa tiba masanya beberapa pemimpin senior Pakatan Rakyat harus berundur.

Ketuanya, Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, ruang dan peluang harus diberikan kepada pemimpin muda.

Pada sidang akhbarnya, hari ini, beliau juga membidas Pakatan kerana tidak melihatkan kesungguhan dalam mendaftarkan logo atau satu agenda yang jelas bagi dijadikan penentuan demokrasi.