Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Penduduk Lorong 10, Kampung Merbau Sempak dilanda keresahan selepas air naik mendadak akibat hujan lebat meskipun hujan telah berhenti.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penduduk di lorong 10 kampung Merbau Sempak Sungai Buloh Selangor mula bimbang apabila paras air terus meningkat pagi ini meskipun hujan telah berhenti lebih setengah jam lalu.
00:11Muhammad Fikri Dola, 29 tahun, maklumkan hujan mula turun sekitar jam 6.30 pagi dan berlarutan selama 2 jam menyebabkan air naik dengan pantas hingga memasuki kediamannya.
00:22Beliau turut menjelaskan bahawa walaupun hujan telah berhenti pada jam 8.50 pagi, paras air masih meningkat dan keadaan di kawasan itu belum menunjukkan tanda-tanda pulih.
00:32Sudah 6 tahun menetap di kawasan tersebut, Muhammad Fikri menyatakan bahawa tiada bantuan daripada pihak bomba tiba sehingga waktu itu bagi memantau atau membantu penduduk yang terkesan akibat banjir.
00:42Tambahnya lagi, banjir paling buruk pernah berlaku di kawasan itu pada tahun 2021.
00:47Beliau juga berharap isiden kali ini tidak berpanjangan serta air akan segera surut demi keselamatan penduduk.

Recommended