Trump mengakui kadar tarif 145% terhadap China adalah tinggi dan tidak akan kekal, namun menegaskan ia perlu untuk lindungi ekonomi AS daripada ketidakseimbangan perdagangan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengakui bahawa kadar tarif sebanyak 145% yang dikenakan terhadap China adalah sangat tinggi.
00:09Namun, beliau menjangkakan kadar tersebut akan dikurangkan dengan ketara dalam masa terdekat.
00:16Trump menyatakan kadar itu tidak akan kekal tinggi kerana ia hanya mencerminkan situasi sementara, terutama akibat isu berkaitan dadah merbahaya, fentanil yang telah menyumbang kepada kenaikan mendadak tarif tersebut.
00:27Menurut beliau, kadar tarif terhadap China sebelum ini adalah sifar, namun keadaan tersebut menurutnya menyebabkan Amerika Syarikat mengalami kerugian besar yang memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.
00:37Trump menegaskan bahawa Amerika tidak akan lagi membiarkan dirinya dipermainkan oleh China.
00:41Tambah beliau, dasar baharu ini bertujuan mengembalikan keadilan dalam perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.
00:46Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan Presiden China Xi Jinping sambil menyatakan keyakinannya bahawa kedua-dua negara dapat memperoleh manfaat besar dan hidup secara harmoni melalui kerjasama yang ideal.
00:59Pada 2 April lalu, Trump telah menandatangani satu perintah eksekutif untuk menggunakan tarif timba balik ke atas beberapa negara termasuk China.
01:06Dengan kadar tarif terhadap pengeksport China ke Amerika kini mencecah 145%,
01:09manakala kadar bagi pembekal Amerika ke China berada pada paras 125%.