Serangan ini merupakan sebahagian daripada gelombang serangan dron Rusia yang menyasarkan infrastruktur awam di timur, selatan, dan tengah Ukraine.
Category
🎥
Short filmTranscript
00:00Sebuah bas yang membawa pekerja di bandar Marhanets di Ukraine dilapor diserang drone Rusia mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh
00:08manakala 42 lagi cedera. Menurut pihak berkuasa, bas tersebut membawa pekerja sebuah syarikat yang dalam perjalanan ke tempat kerja.
00:19Perkhidmatan kecemasan negeri Ukraine telah mengesahkan kejadian tersebut dan berkongsi imej-imej dari lokasi kejadian
00:26yang menunjukkan kerosakan teruk pada bas dan mangsa-mangsa yang terlibat.
00:31Serangan ini merupakan sebahagian daripada gelombang serangan drone Rusia yang menyasarkan infrastruktur awam di timur, selatan dan tengah Ukraine.
00:40Insiden berlaku ketika pemimpin Rusia dan Ukraine menunjukkan kesediaan untuk berunding mengenai perjanjian yang melarang serangan ke atas infrastruktur awam.