Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Setiausaha Negara AS Marco Rubio tidak akan menghadiri rundingan damai Ukraine di London atas sebab logistik, namun Jeneral Keith Kellogg akan mewakili pentadbiran Trump dalam perbincangan itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setiausaha negara AS, Marco Rubio tidak akan menghadiri rundingan keamanan Ukraine yang berlangsung di London. Rubio memutuskan untuk menjadualkan semula lawatannya selepas berbincang dengan rakan sejawat dari United Kingdom dan merancang untuk berkunjung ke negara itu dalam beberapa bulan akan datang.
00:17Beliau menyatakan langkah seterusnya akan diambil selepas rundingan di London berakhir dan menegaskan hasratnya untuk menjadualkan semula lawatan ke UK seiring perkembangan perbincangan.
00:27Juru cakap Jabatan Negara mengesahkan bahawa rundingan akan diteruskan tanpa kehadiran Rubio dan mewakili Presiden Donald Trump dalam rundingan itu ialah General Keith Kellogg yang akan menghadiri sesi perbincangan tersebut.
00:39Masih belum dapat dipastikan sama ada ketidakhadiran Rubio mencerminkan perubahan harapan pihak Trump terhadap hasil rundingan walaupun Presiden itu menyuarakan harapan agar Moskow dan Kiev dapat mencapai persetujuan dalam minggu ini.
00:50Tammy Bruce menjelaskan keputusan Rubio untuk tidak hadir adalah disebabkan oleh isu logistik dan bukannya penolakan terhadap kepentingan rundingan tersebut.
00:58Malah Bruce menyatakan bahawa kehadiran General Kellogg akan memastikan kelangsungan rundingan.
01:02Sejak mempunyai jawatan pada Januari, Presiden Trump telah mengubah dasar luar Amerika secara ketara dengan memberi tekanan kepada Ukraine untuk mempersetujui kejataan sejata dan melunggarkan pelbagai sekatan yang dikenakan terhadap Rusia oleh pentadbiran terdahulu.
01:16Terima kasih telah menonton!

Recommended