Tanggungjawab SPRM dalam memastikan kelangsungan dan pembangunan CeIO bukan hanya melahirkan graduan setiap tahun, tetapi memastikan CeIO kekal relevan, adaptif dan memberi impak dalam landskap tatakelola negara.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Berikutnya, tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dalam memastikan pembangunan program pegawai integriti bertahulia CEIO bukan hanya untuk melahirkan graduan setiap tahun tetapi memastikannya kekal relevan selain memberi impak dalam lanskap tata kelola negara.
00:17Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berkata salah satu usaha SPRM adalah bagi menggantikan arahan Perdana Menteri No. 1 tahun 2009, Seri 1 No. 1 tahun 2011. Usaha ini selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.
00:40Salah satu usaha yang SPRM ambil adalah membangunkan arahan baru bagi menggantikan arahan Yang Amat Buamat Perdana Menteri No. 1 tahun 2009, Seri 1 No. 1 2011. Usaha ini selaras dengan perkembangan dan keperluan, keperluan semasa dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.
00:59Arahan baru ini dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini dan bakal menjadi penanda aras baru dalam memperkukuhkan perlaksanaan program CEIO serta mewujudkan tata kelola yang lebih telus, rasional dan juga bebas daripada rasuah.
01:15Beliau berkata usaha mewujudkan jaringan CEIO yang kukuh dan aktif dalam memperkukuh agenda integriti melalui Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia ACEIO.
01:26Sementara itu, beliau tegaskan program CEIO bukan sekadar program latihan tetapi merupakan pelaburan strategik jangka panjang negara dalam membina sistem tata kelola yang telus, beratika dan bebas rasuah.
01:37Kejayaan agenda integriti nasional bergantung kepada komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk kepimpinan tertinggi, pelaksanaan dasar dan CEIO sebagai pemacu utama budaya integriti dalam organisasi negara kita.
01:53Beliau berucap di majlis konvokasi program Pegawai Integriti Bertauliah CEIO ke-11 di Dewan Tun Dr. Ismail World Trade Center Kuala Lumpur.