Polis mengesahkan tangkapan lapan individu termasuk seorang wanita berusia 19 hingga 26 tahun di sebuah rumah di Plento Baru.
Tangkapan itu dibuat susulan satu video yang memaparkan seorang lelaki dipukul tular di media sosial.
Tangkapan itu dibuat susulan satu video yang memaparkan seorang lelaki dipukul tular di media sosial.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis menahan 8 individu berusia antara 19 dan 26 tahun termasuk seorang wanita di sebuah rumah di Pentong Baru, Johor Baru.
00:08Kira-kira 2.30 pagi Isnin, susulan video tula memaparkan seorang lelaki dipukul.
00:13Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Muhammad Suhaimi Isyak berkata pihaknya turut mengesahkan menerima laporan daripada mangsa pada Ahad
00:21yang menyatakan kejadian berlaku pada 18 April sekitar 9.30 malam di kawasan perumahan Pangsa Puri Pentong Baru, Masai.
00:30Sebelum itu, video kejadian memukul lelaki berusia 21 tahun itu berdurasi 2 minit dan 7 saat, tular melalui akaun Facebook komuniti Bandar Seri Alam.
00:41Hasil sasatan mendapati mangsa pergi ke Pangsa Puri Terpapit atas jemputan kenalan perempuan di media sosial.
00:47Namun sebaik saja sampai di rumah, dia dikurung, dipukul dan dicederakan 8 suspek.
00:54Dan akibat itu, mangsa luka di bibir dan telinga kiri serta bengkak di bahagian badan.
01:00Kata Muhammad Suhaimi, sasatan mendapati 5 daripada suspek mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
01:064 daripada mereka juga positif dadah jenis metafetamin.
01:10Kesemua tangkapan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga Sabtu.
01:15Kes disiasat mengikut Seksyen 324, 342 dan 385 Kanun Keseksaan.