Bar, yang mengetuai Shin Bet, membuat dakwaan tersebut dalam satu afidavit kepada mahkamah agung Israel pada Isnin.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Ketua Agensi Perisikan Israel Ronan Bar menuduh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memecatnya kerana enggan melaksanakan arahan yang didakwa bertujuan melindungi kepentingan peribadi dan politik Netanyahu.
00:13Bar yang mengetuai Shin Bet membuat dakwaan itu dalam satu efrivit kepada Mahkamah Agung Israel pada Isnin.
00:19Dalam dokumen mahkamah yang tidak diklasifikasikan, Bar berkata tindakan Netanyahu didorong oleh beberapa peristiwa antara November 2024 dan Februari 2025.
00:31Bar mendakwa Netanyahu berkali-kali mengarahkan Shin Bet mengambil tindakan terhadap rakyat Israel yang terlibat dalam demonstrasi anti-kerajaan termasuk memantau penyokong kewangan mereka.
00:43Selain itu, Bar turut menedahkan beliau menolak satu permintaan keselamatan untuk mengecualikan Netanyahu daripada memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah yang sedang dihadapinya melibatkan tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah.
00:59Pada masa sama, Shin Bet juga sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kerajaan Netanyahu mengabaikan amaran awal berhubung serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan lebih 1,100 orang dan menyebabkan kira-kira 250 individu diculik.
01:16Sebelum ini, Netanyahu memecat bar kononnya atas alasan hilang kepercayaan susulan serangan Hamas pada Oktober 2023 yang mencetuskan Perang Gaza.
01:27Namun, usaha Netanyahu untuk memecat bar digantung sementara oleh mahkamah setakat ini.
01:32Terima kasih telah menonton!