Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Polis menahan seorang wanita yang memukul anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah kedai dobi di daerah Kemaman, Terengganu, selepas menerima laporan kejadian pada 20 April, jam 7.27 malam.
Transcript
00:00Polis menahan seorang wanita yang dipercayai memukul dan memarahi anak perempuannya yang berusia 9 tahun di sebuah kedai dobi di Kemaman, Terengganu.
00:09Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Muhammad Razzi Rosli berkata, wanita yang berusia 45 tahun itu ditahan semalam selepas pihaknya menerima laporan kejadian pukul yang tular di media sosial.
00:20Menerusi video berkenaan yang memaparkan seorang wanita sudah memarahi dan memukul anaknya dalam kedai dobi, kejadian itu dipercayai berlaku pada 16 April lalu kira-kira jam 3 petang.
00:31Muhammad Razzi berkata wanita berkenaan bertindak sedemikian kerana bimbang keselamatan anaknya yang berlari-lari di hadapan kedai dobi yang boleh menyebabkan kecederaan jika dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan tersebut.
00:43Mangsa menerima rawatan di Hospital Kemaman sebagai pesakit luar dan kini berada di bawah jagaan bapanya.
00:48Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 32318A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
01:01Polis turut meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dan menghubung balik dengan bilik gerakan ibu Pejabat Polis Zairah Kemaman di talian 09 859 2222.

Recommended