KDN menjalankan siasatan berhubung video Jalur Gemilang tidak lengkap di ekspo bayi, menekankan kepentingan bendera sebagai lambang identiti negara dan mengelakkan kecuaian yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN menjalankan siasatan berhubung satu video yang memaparkan jalur gemilang tidak lengkap pada sebuah ekspo bayi di Ibu Negara baru-baru ini.
00:10Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, aspek siasatan akan dilaksanakan sama seperti yang dibuat dalam siasatan isu penyiaran ilustrasi jalur gemilang tidak lengkap pada muka hadapan sebuah akhbar.
00:22Saifuddin mengingatkan semua pihak bahawa bendera ini adalah lambang identiti negara yang membawa pelbagai makna dan maksud di sebaliknya.
00:31Tegasnya sebarang bentuk kelelaian, kecuaian, keapaan yang boleh mengundang rasa-rasa dalam kalangan masyarakat sebaik-baiknya dielakkan.
00:39Baru-baru ini tulah di media sosial paparan jalur gemilang di belakang pentas gerai sebuah syarikat makanan bayi dari Singapura pada pameran produk bayi di pusat pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.
00:48Dilaporkan tiada simbol bulan sabit sehingga mencetuskan kritikan orang ramai.
00:53Saifuddin Nasution ketika membelas siasatan terhadap Sing Chiu Daily berkata, siasatan terhadap akhbar berkenaan akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan berdasarkan undang-undang sedia ada.
01:02Pada 17 April, media melaporkan ketua editor dan timbalan ketua penyunting Sing Chiu Daily ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi jalur gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.
01:13Ketua Polis Negara Tan Sui Razaluddin Hussein mengesahkan kedua-dua individu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut tetapi dibebaskan beberapa jam selepas itu.
01:22Berikutan itu akhbar berkenaan tanpa memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajukan.