Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
v
Transcript
00:00Satu lagi laporan yang mungkin dilihat sedikit positif disebabkan oleh ketidaktentuan di Amerika Syarikat itu di mana ringgit melonjak ke paras tertingginya dalam tempoh hampir enam bulan berbanding dolar Amerika Syarikat pada sesi penutup Isnin mencecah paras 4.36 di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif yang dikenakan Amerika Syarikat.
00:22Pada enam petang Isnin ringgit melonjak kepada 4.3670 per dolar.
00:30Sebelum ini pada 28 Oktober 2024 ringgit mencecah paras tertinggi pada 4.365 berbanding dolar Amerika.
00:39Ketua Alih Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Mama Afzal Nizam Abdul Rashid berkata ringgit terus mengukuh berbanding dolar di tengah-tengah ketidaktentuan yang memuncak berhubung isu tarif.
00:50Menurut beliau penggubalan dasar Amerika Syarikat yang tidak konsisten serta tindakan yang mencetuskan kemarahan sekutunya telah menyebabkan sentimen lemah dalam pasaran aset Amerika.
01:02Dalam erti kata lain, kata Afzal Nizam, keadaan sukar dan tidak menentu sekarang telah menyebabkan ramai yang mula mengurangkan pergantungan terhadap dolar
01:13seperti yang dilihat melalui penurunan pegangan asing dalam bon perbendaharaan Amerika dan hasil perbendaharaan Amerika yang rendah.
01:23Justru ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh terdekat ini dengan para sokongan segera ketika ini berada pada 4.36.

Recommended