Kerajaan disaran memperkasakan pengurusan pilihan raya negara dengan menerapkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital moden bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan proses pilihan raya yang lebih cekap, telus dan menjimatkan kos.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Kerajaan Isaran memperkasakan pengurusan pilihan raya negara dengan menerapkan teknologi kecerdasan buatan AI dan sistem digital modern bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya SPR melaksanakan proses pilihan raya yang lebih cekap, telus dan menjimatkan kos.
00:17Pendahari Persatuan Internet Kebendaan Malaysia, Pak Manatan Muniandi berkata penggunaan teknologi seperti AI, analitik, data raya, sistem logistik pintar serta mesin pengundian elektronik mampu mengubah lanskap pilihan raya negara.
00:32Menurutnya, kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta bagi melaksanakan pilihan raya kecil PRK Dewan Undangan Negeri Air Kuning, manakala PRK Parlimen seperti di Pulai, dianggarkan menelan kos RM4.5 juta.
00:50Jelas beliau dengan penggunaan teknologi, kos sebegini dapat dikurangkan secara signifikan tanpa menjejaskan integriti dan ketelusan proses pilihan raya.
00:59Beliau berkata walaupun pelaksanaan awal memerlukan peruntukan besar, ia adalah pelaburan jangka panjang yang menjimatkan kerana dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual.
01:11Pak Manatan turut mencadangkan penggunaan mesin layan diri atau vending machine sebagai peti undi elektronik yang boleh mengira undi secara otomatik sebaik sahaja proses pengundian ditutup.
01:22Menurutnya, ia bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga kerja, malah meningkatkan ketelusan serta mengurangkan keperluan kepada pusat pengiraan fizikal di mana privasi pengundi juga dapat dipertingkatkan.
01:35Penggunaan sistem digital juga mampu mengelak isu seperti gangguan bekalan elektrik atau blackout yang sering menimbulkan spekulasi apabila keputusan pilihan raya diumumkan lewat.
01:46Bagaimanapun, beliau berkata pelaksanaan sistem ini perlu diteliti secara menyeluruh, terutama dari aspek keselamatan siber, infrastruktur digital serta keyakinan rakyat terhadap teknologi baharu.