Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu hubungan Malaysia-Indonesia lebih berfokus kepada rakyat, sambil gesa kerjasama serantau tangani isu tarif Amerika Syarikat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi menyarankan agar hubungan Malaysia dan Indonesia tidak hanya tertumpu kepada kerjasama antara kerajaan atau sektor perniagaan, sebaliknya lebih memfokuskan kepada hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
00:15Beliau menyatakan keyakinan pengukuhan hubungan rakyat dengan rakyat akan memberi manfaat politik serta membawa pulangan positif dalam bidang perniagaan dan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia.
00:25Ahmad Zaid merdekaskan bahawa selain mempertahankan semangat kebersamaan antara kedua negara, hubungan yang dibina tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada interaksi pemimpin atau nilai sentimental semata-mata.
00:40Katanya hubungan dua hal ini perlu diperluaskan daripada sekadar kerjasama antara kerajaan dan perniagaan kepada hubungan yang lebih melibatkan masyarakat umum secara menyeluruh.
00:50Kenyataan itu disampaikan dalam majlis makam malam bersama komuniti Malaysia di Kerutaan Besar Malaysia, Kuningan, Jakarta Selatan, sempena lawatan rasmi beliau ke Indonesia selama tiga hari.
01:01Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh isu tarif AS dan menekankan bahawa Malaysia sebagai penyelusi ASEAN 2025 perlu menggalakkan kerjasama serantau untuk menangani cabaran tersebut secara kolektif.
01:12Majlis itu turut menghimpunkan rakyat Malaysia yang bekerja, menetap dan belajar di Indonesia sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan Ahmad Zahid dan mengeratkan hubungan komuniti di perantauan.
01:24Terima kasih.
01:25Terima kasih.
01:26Terima kasih.