Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata fasa pertama sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) Kebangsaan dalam perawatan hospital dijangka akan dilaksanakan tahun ini dengan dimulakan untuk penyakit ringan.
Transcript
00:00Fasa pertama sistem kumpulan berkaitan diagnosis DRG kebangsaan dalam perawatan hospital dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya tahun ini, khususnya untuk penyakit ringan.
00:12Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata ketika ini ia masih dalam proses libat urus yang sangat intensif.
00:18Menurut Dr. Zulkifli, proses tersebut melibatkan Kementerian Kesihatan, KKM bersama Kementerian Kewangan, MOF, Bank Negara Malaysia termasuk pihak lain seperti Persatuan Takaful.
00:30Kita mengharapkan akan dapat sesuatu yang mudah bermula tahun ini. Saya berpandangkan kita boleh sebenarnya.
00:39Sebab saya sendiri sudah menangani isu ini bukan bulan dua ini, daripada saya masuk pada bulan Mac 2024 lagi kita bercakap di situ.
00:49Tetapi dengan medical inflation yang begini tegar dan begini rancak diperbahaskan, terutamanya dari parlimen, jadi ia mengizinkan kami untuk mempercepatkan, expedite, mempercepatkan lagi perbincangan ini
01:04supaya kita dapat rumuskan satu sistem DRG yang memang sesuai untuk Malaysia. Kita mulakan dengan apa yang mudah dari segi grouping penyakit-penyakit yang mudah.
01:14Beliau berkata demikian semasa sidang media di Institut Genome dan Vaksin Malaysia MGVI di Kajang hari ini.
01:21Beliau turut mengakui pelaksanaan DRG mengambil sedikit masa. Ia bagi memastikan sistem berkenaan bersesuaian dengan keperluan negara dan tidak memerlukan rujukan kepada mana-mana negara luar, khususnya dalam aspek penjagaan kesihatan.
01:34Pada 10 Disember lepas, Zulkifli berkata perbincangan mengenai pelaksanaan DRG sedang giat dijalankan bagi meningkatkan ketelusan cas rawatan pesakit sekaligus membantu mengatasi isu kos perubatan yang menjadi punca utama kenaikan premium insurans perubatan.

Recommended