Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pihak berkuasa tidak akan mengawal harga ubat-ubatan, ia bebas untuk ditentukan mengikut kehendak penjual.
Transcript
00:00Harga ubat-ubatan tidak statik bukan sebab kukuh untuk mempersoalkan mekanisme ketulusan harga ubat MKHU yang bakal dilaksanakan bermula 1 Mei ini.
00:11Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Konser Hidup KPDN, Datuk Armizan Mama Ali memberitahu harga ubat di klinik maupun di hospital swasta mengikut konsep sama seperti barangan lain yang dijual di pasaran.
00:23Tegas Armizan, pihak berkuasa tidak akan mengawal harga ubat-ubatan tersebut. Ia bebas ditentukan mengikut kehendak penjual.
00:32Harga ayam pun fleksual. I'm monitoring harga ayam, harga daging, harga ikan daily. Datuk KP tiap hari, malam pukul 2 pagi akan bagi laporan harga ayam yang tiap-tiap hari akan ada pergerakan turun dan naiknya.
00:48Dan begitu juga ubat. Dan sebagaimana saya sebut, kita bukan mahu kontrol harga ubat. We don't control harga ubat ini. Kita hanya mahu dipaparkan harga ubat.
01:00Kalau contohnya ada pergerakan yang signifikan terhadap harga ubat tersebut, mereka boleh tukar pun paparan harga tersebut. Yang penting rakyat ada akses kepada harga ubat tersebut.
01:15Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Penguatkuasa ke-53 KPDN di Putrajaya pada Jumaat.

Recommended