Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah bermula 21 April 2025.
Transcript
00:00Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah bermula 21 April ini
00:04sebagai inisiatif penting dalam menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan murid.
00:11Menteri Pendidikan Fadina Siddiq berkata pemakaian lencana itu bukan sekadar simbolik
00:15tetapi komitmen besar dalam memupuk rasa sayang dan cinta terhadap negara.
00:20Jadi ini adalah komitmen besar ketika negara kita ini memerlukan suntikan-suntikan semangat
00:31berkaitan dengan rasa sayang dan cinta kepada tanah air ini.
00:36Jadi inilah komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia yang mesti kita sama-sama angkat
00:40dan mesti disampaikan kepada seluruh masyarakat bahawa ini adalah salah satu inisiatif penting
00:47untuk terus memastikan bahawa semangat cintakan negara ini terus dibugar
00:51dari semasa ke semasa dari peringkat sekolah lagi.
00:54Beliau berkata Kementerian Pendidikan akan membekalkan dua pin lencana Jalur Gemilang
00:59secara percuma kepada semua murid untuk sesi persekolahan 2025-2026.
01:05Bagaimanapun katanya murid yang tidak memakai lencana itu tidak akan dikenakan hukuman.
01:10Fadlina berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan matelis penyerahan smartboard
01:15dan pengisytiharan percapaian 100% penerjaan smartboard
01:18bagi sekolah-sekolah di Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayang Lepas pada Jumaat.

Recommended