Pembinaan taman perindustrian kedua itu akan memfokuskan kepada aspek tenaga hijau, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi tinggi, selari dengan fokus kerajaan Sarawak hari ini.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Rekoda sedang merancang untuk membangunkan Taman Perindasian Samalaju 2, SIP2, bagi menarik lebih ramai pelabur ke wilayah itu.
00:11Ketua Pegawai Eksekutif Rekoda, Datuk Ismawi Ismuni berkata, cadangan itu bagaimanapun masih di peringkat kajian keboleh laksanaan.
00:20Sekiranya terlaksana, ia akan menjadi taman perindasian terbesar di Borneo.
00:24Luasnya kita belum dapat pastikan kerana mana-mana rancangan yang besar itu telah tentunya memerlukan sedikit kajian.
00:34Kajian bukan hanya dari segi engineering-nya, tapi yang tidak kurang pentingnya adalah dari segi feasibility.
00:43Boleh saya katakan mungkin SIP ini adalah taman perindustrian yang terbesar sekali.
00:51mungkin di Pulau Borneo dan setakat ini hampir kesemua tanah-tanah perindustrian di SIP ini telahpun dijual kepada pihak pelabur.
01:10Cuma tinggal lebih kurang 2 atau 300 ekar lagi.
01:15Tambah Ismawi pembinaan taman perindustrian kedua itu akan memfokuskan kepada aspek tenaga hijau,
01:22kecedasan buatan AI dan teknologi tinggi selari dengan fokus Kerajaan Sarawak hari ini.
01:28Seperti mana yang kita tahu sekarang ini Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan beliau menekankan kepada konsep tenaga hijau.
01:37Tenaga hijau, teknologi tinggi, AI dan inilah jenis-jenis pelaburan yang digalakkan untuk melabur di kawasan ini nanti.
01:53Ismawi berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis rumah terbuka rinduk raya Rikoda di Hotel Syaritan Kucheng pada Khamis.
02:02Projek SIP yang terletak di Bintulu setakat ini mempunyai 14 pelabur yang diluluskan dengan jumlah pelaburan RM55.079 terutamanya dalam industri pembuatan keluli dan solar.