Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Indonesia bercadang meningkatkan import minyak mentah dan gas petroleum cecair (LPG) dari Amerika Syarikat sebanyak 10 bilion dolar Amerika sebagai sebahagian daripada rundingan tarifnya.
Transcript
00:00Indonesia bercadar meningkatkan import minyak mentah dan gas petroleum secara LPG dari Amerika Syarikat sebanyak 10 bilion dolar Amerika sebagai sebahagian daripada rundingan tarifnya.
00:12Menteri Tenaga Bahlil Lahadalia berkata, pegawai-pegawai dari Indonesia sudah ke Washington bagi menjayakan strategi tersebut.
00:20Memetik Reuters secara keseluruhan, Indonesia merancang membeli barangan dari Amerika Syarikat bernilai antara 18 bilion hingga 19 bilion dolar sebagai usaha menghapuskan lebihan dagangan dengan negara itu.
00:34Ini sekaligus mengelakkan ancaman pengenaan tarif 32% terhadap ekspor Indonesia.
00:41Bahlil berkata, kementeriannya mencadangkan supaya kotak import LPG dari Amerika Syarikat ditingkatkan selain mengimport lebih banyak minyak mentah dari negara itu bagi mencapai sasaran ditetapkan.
00:54Bagi pengaruhusan di Badan Pemikir Energy Shift Institute, Putra Adi Guna berkata, Indonesia perlu mengurangkan import LPG dari negara lain untuk memberi ruang kepada peningkatan ini.
01:05Data daripada KPLIR menunjukkan pada tahun lalu, Indonesia mengimport 217,000 tong LPG sehari dengan 124,000 tong sehari dari Amerika Syarikat.
01:17Selain itu, 23,000 tong sehari diimport dari Qatar, manakala Ameriah Arab Bersatu serta Arab Saudi masing-masing menyumbang kira-kira 20,000 tong sehari.
01:27Tahun lalu, Indonesia juga mengimport sekitar 306,000 tong minyak mentah sehari dengan Nigeria, Arab Saudi dan Anggola menjadi pembekal utama.
01:38Sementara itu, 13,000 tong sehari diimport dari Amerika Syarikat.

Recommended