Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4.4 peratus pada suku pertama 2025 disokong asas permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 44% pada suku pertama 2025, disokong asas permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Jabatan Perakaan DOSEM.
00:12Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK kekakukuh dalam situasi cabaran global yang berterusan.
00:22Mohd Uzir berkata, sektor pembuatan merekodkan peningkatan pengeluaran 4.8% pada Februari 2025 di Pacu Industri Berorientasikan Ekspor.
00:35Tambahnya lagi, pasaran buruk kekal memberangsangkan dengan peningkatan guna tenaga yang berterusan dan kadar pengangguran yang stabil pada 3.1%.
00:43Bagi sektor luaran pula, beliau berkata, aktiviti perdagangan berterusan disokong oleh permintaan global yang lebih baik bagi barangan ekspor utama.
00:52Bagi prestasi mengikut sektor, perkhidmatan kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada suku tahun pertama 2025.
00:59Mencatatkan pertumbuhan 5.2% diterajui subsektor perdagangan borong dan runcit, pengangkutan dan penyimpanan dan maklumat dan komunikasi.
01:08Katanya sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan 4.2% disokong pengeluaran yang kukuh dalam produk elektrik, elektronik dan optikal, serta minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan dan prosesan makanan.
01:20Sementara itu, sektor pembinaan merekodkan pertumbuhan 2 digit bagi 5 suku tahun berturut-turut dengan pertumbuhan 14.5% disokong aktiviti pembinaan pertukangan khas dan bangunan kediaman.
01:32Sektor petania pula mencatatkan peningkatan marginal 0.7% didorong subsektor perikanan, manakala sektor perlombongan dan pengkuarian terus menyusut kepada negatif 4.9% dipengaruhi pengeluaran yang lebih rendah dalam semua subsektor.
01:50Terima kasih telah menonton!