Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Dua maut dan empat cedera dalam insiden tembakan di Universiti Negeri Florida (FSU). Suspek, dipercayai pelajar, telah ditahan selepas ditembak polis.
Transcript
00:00Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua individu dan mencederakan empat lagi di Universiti Negeri Florida pada Khamis sebelum ditembak dan ditahan oleh pihak polis.
00:09Ketua Polis FSU Jason Trumbower memaklumkan mangsa yang maut bukan pelajar menekala suspek dipercayai merupakan pelajar universiti berkenaan.
00:18Insiden berlaku sekitar 11.50 pagi waktu tempatan di bangunan Kesatuan Pelajar Kampus Utama.
00:25Lima individu termasuk suspek dihantar ke hospital akibat kecederaan tembakan.
00:29Ketika kejadian pelajar dan kaki tangan diarahkan berlindung di tempat selamat sementara polis mengawal situasi.
00:35Lebih 42,000 pelajar mengikuti pengajian di Kampus Utama FSU.
00:39Kejadian ini merupakan tembakan kedua di Kampus FSU dalam tempoh 11 tahun.
00:44Pada tahun 2014, seorang graduan melepaskan tembakan di Perpustakaan Utama mencederakan dua pelajar dan seorang kaki tangan.

Recommended