Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily ditahan polis untuk siasatan berhubung penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting, Sinshu Daily, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.
00:10Memetik laporan bernama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaluddin Hussein, mengesahkan perkara itu dan berkata kedua-dua individu ditahan untuk siasatan lanjut.
00:20Jelasnya polis menahan untuk siasatan dan bawa dua individu terbabit ke pejabat bagi mendapatkan komputer serta barang berkaitan kes bagi siasatan selanjutnya.
00:29Bagaimanapun, kedua-dua individu dibebaskan dengan jamanan polis malam tadi.
00:34Pada Khamis, pihak polis merakam keterangan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting, Sinshu Daily, selama tiga jam di pejabat unit siasatan jenayah terkelas Ibu Pejabat Polis Jeraja Malaysia, Bukit Aman.
00:45Ketua Editor itu dikatakan berperanan meluluskan penyiaran ilustrasi tersebut, manakala Timbalan Ketua Penyunting terbabit pula adalah pereka grafik gambar berkenaan.
00:55Razaluddin berkata setakat ini, pihaknya menerima 40 laporan berhubung isu itu di seluruh negara dan kes disiasat mengikut Seksyen 3-1-C Akta Lambang dan Nama Mencegah Penggunaan Tidakwajar 1963 serta Seksyen 4-1-B Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
01:17Selasa lepas akhbar berbahasa Cina itu menyiarkan ilustrasi jalur gemilang di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden Cina Xi Jinping ke Malaysia.
01:28Namun gambar bendera tersebut tidak engkau. Insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk yang diputuan agung Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.
01:49Berikutan itu akhbar berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.
01:58Terima kasih telah menonton!