Maklumat awam mengenai sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Pantai Timur 1(LPT1) Kuantan membongkar cubaan mengedar dadah jenis syabu bernilai lebih RM14.9 juta, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'min Nik Min.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu ditemui ditinggalkan di bahu jalan di Kilometer 211 menghala ke Kuala Lumpur dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 2 petang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723439/berita/semasa/kenderaan-lawan-arus-bongkar-cubaan-edar-syabu-rm149-juta
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #PDRM

Category
🗞
NewsTranscript
00:00Maklumat awam mengenai sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu secara melawan arus di Leboraya Pantai Timur 1 LPT 1 Kuantan membongkar cubaan mengedah dadah jenis syabu bernilai lebih RM14.9 juta isnin lalu.
00:14Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu ditemui ditinggalkan di bahu jalan di kilometer 211 menghala ke Kuala Lumpur dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 2 petang.
00:28Menurutnya, lokasi penemuan kenderaan tersebut kira-kira 18 kilometer dari hentian rehat dan rawat RNR Gambang di mana satu operasi bersepadu Ops Utama Zon Timur diadakan Pasukan Peronda Leboraya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Bukit Aman pada hari berkenaan.
00:46Yahya berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan 22 plastik hitam mengandungi 440 bungkusan plastik berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.
00:58Jelasnya, anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas 468.3 kilogram sekaligus merupakan rampasan dadah terbesar di negeri ini dalam tempoh tiga tahun.
01:10Beliau berkata, unit forensik ibu pejabat polis kontingen IPK Pahang turut menjalankan ujian swabbing bagi siasatan lanjut manakala usaha mengesan pemilik kenderaan sedang giat dijalankan.
01:21Katanya, pemandu kenderaan terbabit dipercayai telah mendapat maklumat berhubung operasi itu dan bertindak memandu melawan arus sebelum kereta tersebut ditinggalkan di bahu jalan bagi mengelak pemeriksaan.