Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS menjadi individu pertama mengisytiharkan harta demi mendapat kepercayaan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.

Bawani yang juga Pengerusi PSM Perak berkata, setakat 15 April, jumlah aset bersih dianggarkan sebanyak RM21,248 yang dipecahkan kepada tiga kategori iaitu harta, pendapatan dan perbelanjaan serta hutang.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/723955/berita/politik/saya-dah-isytihar-harta-calon-bn-dan-pn-bila-lagi---bawani

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKAyerKuning #Tapah #PSM

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita nak cabar juga calon BN dengan PN untuk istiarkan harta mereka supaya rakyat dapat menilai dan juga sekiranya siapa-siapa menang, so rakyat akan tahu selepas setiap tahun perlu istiarkan harta supaya rakyat dapat tahu adakah harta mereka meningkat.
00:15Ini untuk mengelakkan, kita mewujudkan wakil rakyat-wakil rakyat yang korab, rasuah. Isu rasuah ini bukan baru di Malaysia. Kita nampak ramai wakil rakyat yang mempunyai isu rasuah yang masih ada kes, ada yang dilepaskan begitu saja. So isu rasuah ini sangat serius lah.
00:35Ini adalah untuk check and balance kepada rakyat supaya kita nak melahirkan satu wakil rakyat yang bersih, yang clean. Sebab itu sejak 1999, PSM semua wakil rakyat ataupun sebelum itu calon-calon PSM, even alim majlis dalam PSM juga istiarkan harta supaya kita nak tunjukkan kita tak nak seorang wakil rakyat jadi korab.

Recommended